Monday, November 2, 2009

Matinya Geocities....

Pada hari jumaat lepas tamatlah riwayat http://www.geocities.com/wanwarlock atau lebih dikenali sebagai Thanatopsis website. Yahoo! telah membeli Geocities dgn harga berapa billion ntah, tapi sebab dah x menguntungkan, Yahoo! dah tutup...

Website tu aku buat era awal 2000, lewat 1990-an masa aku buat A-level kat UK satu masa dahulu.

Time tu mana ada wysiwyg html editor, aku kena tau pasal html encoding! gila susah nak buat. Lepas tu datangla Microsoft apa ntah, x igt aku program tu, sebab tu ada boleh buat columns. Tu pun ada problem macamana nak direct clicks etc.

Dalam tu ada la interview yg aku buat & yg telah aku upload ke sini. Ada lagi yg akan datang. Last time aku update ada la kot tahun 2000.

Aku sebenarnya malas nak update site tu sbb kena guna pure html. Malas nak belajar.

Sempat aku save interview2 lama & gambar2 lama.

Pelan pelan nanti aku cuba upload.

Geocities kat Wikipedia

Tuesday, October 13, 2009

Au Revoir to record new MCD

Berita eksklusiv dari Rammy Au Revoir (The Ravens/Kemenyan Fanzine). Au Revoir tengah dalam proses merekodkan MCD terbaru mereka yang di jadualkan akan di pasaran Januari 2010. Rammy ada mengakatakan bahawa kesemua 6 lagu yang bakal di rekod ini merupakan yg terbaik mereka pernah hasilkan.

Berita ini di petik dari blog Faithcraft mobile. Nama aku pun ada disebut sekali. hehehehe.

Apa-apa pun, nantikan opus terbaru dari Au Revoir Januari 2010! Untuk peminat hard rock, gothic ala Sentenced!




Thursday, October 8, 2009

Punk's Not Dead

Hari ahad lepas aku pi tgk gig Bad Religion & NOFX kat Auckland. Dah lama aku minat dua dua band ni, lebih BR dari NOFX.

Aku dapat tau ada gig ni pun lepas baca dlm free paper yg tiap2 hari rabu org hantar dlm mailbox rumah. Paper ni ada buat cabutan bertuah utk menang cd dan pada hari tu depa offer New Maps of Hell - cd baru BR. Lepas tu aku pun carik la info kot2 betul depa mai NZ.

Tgk2 betui depa mai. Aku nak beli tiket, tgk tinggai seating ja. Malas la aku tgk gig kena seating. Hanya 2 gig yg aku pi tgk yg seating - Sum 41 & Rancid. Nyesal gila gig Rancid aku tak duduk depan stage! Lepas tu selang 2-3 hari aku mmg berniat nak p tgk, seating pun seating la. Time nak pilih tiket, tgk2 general admission ada, tunggu apa lagi! Siap beli pre-paid parking lagi. Yang ironicnya, gig ni buat kat Auckland Town Hall, x sangka punk bands akan main kat tempat2 mcm ni.

Gig ni la aku paling injured masa NOFX main, siap dgr tulang rusuk aku crack, still sengal sampai hari ni. Damn NZ punks! Lepas kena, terus aku ke belakang. Tapi ada baiknya, dapat aku set list utk NOFX & Bad Religion!

Ni ada 3 video aku upload kat youtube. Full review nanti aku buat dalam english, dapat hits byk sket... hehehe. Korang klik la kat iklan2 kat blog aku ni skali ya??














Monday, September 21, 2009

Raya di perantauan

Selamat Hari Raya
Tahun 2009 adalah tahun ke 12 aku & keluarga berada di perantauan. Aku ke UK untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM (1996) pada tahun 1997. Mula-mula dekat Shrewsbury School, Shrewsbury, Shropshire, UK. Selepas A-level, aku buat medical degree aku dekat Trinity College, Dublin, Ireland. Sampai la aku mula menempuh alam pekerjaan di Dublin & berhijrah pula ke New Zealand.

Dalam tempoh itu, ada la 2-3 kali kot aku balik raya, sudah tak ingat. Dulu time aku mula2 katUK, raya dekat2 sama dgn Christmas so senang la. Lepas2 tu dah semakin ke depan.

Kami di New Zealand beraya pada hari isnin, 21/9 kerana bulan tak kelihatan pada mlm sabtu lepas. Ada frust jugakla, sebab ramai org ingat raya Ahad. Dengar kata, ada yg telah beraya semalam, ikut Masjid Frankton yang ikut Fiji (banyak Indian muslim Fiji kat NZ ni)

Bagi aku raya di perantauan lagi meriah jika dibandingkan dgn Malaysia. Sewaktu aku menulis ni, kami balik berehat sekejap setelah penat & kenyang makan kat open house open house rakan2 malaysia di sini. Nak bagi Aliya tidur, kalau dak dia cranky nanti. Lepas ni ada lagi open house - Pak Rahman & K Zu.

Kalau kat Malaysia, memang ada family & kawan2, pasar Ramadhan etc, tapi time raya, lepas sembahyang, sure balik rumah, tgk tv, tunggu org datang rumah. Kat sini, pagi tadi, kami bersolat kat umah Abg Zul & K Hanim, who graciously offered their house for raya prayers. Memang meriah sungguh. Lepas tu tak berenti p beraya rumah org2 kat sini.

Semakin lama di perantauan, semakin aku tak kisah untuk beraya di negara orang. Tetapi kena ada komuniti malaysia/melayu yang rapat. Kalau di Dublin dulu, melayu bercambah sampai berklik-klik, susah. Di sini, komuniti tak la besar sangat, tapi semua kenal mengenali & rapat.

Kepada pembaca sekalian, lagi sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Eid Mubarak. Dari kami di perantauan - Noorwan Ariff, Nur Hafidzah, Aiman Haziq, Aliya Hanani.

Saturday, September 19, 2009

Radiation Oncology....

Radiotherapy linear accelerator
Encik berteromber ada tinggal komen kat post aku yg lepas pasal apa itu radiation oncology registrar

Radiation oncology ni salah satu cabang bidang perubatan di mana kami merawat kanser dgn menggunakan x-ray. Korang sure penah dengar pasal chemotherapy utk rawat kanser kan? Tapi byk org jarang dengar pasal radiation oncology. Boss aku ckp "it's medicine's best kept secret". hehehe

Untuk merawat kanser - x kira la kanser apa pun, selalunya melibatkan pembedahan - surgery, lepas tu mungkin diikuti dgn chemotherapy ataupun radiotherapy. Setengah kanser pulak main treatment modality mungkin chemo atau pun radiotherapy sahaja.

Baca la kat wiki

Kat gambar atas tu ada contoh salah 1 mesin yg digunakan untuk rawat kanser - linear accelerator atau linac yg menjana electron dan photons untuk rawat kanser. 2 orang pompuan yg dlm gambo tu adalah radiation therapist - yg deliver the treatment. Depa kira mcm nurse sket la tapi tahap lagi tinggi sebab depa la yg plan treatment suma. Kami habaq kat depa kami nak treat apa, depa plan, check dgn physics suma kalau kami kata ok, treatment boleh mula.

Radiation oncologist pulak adalah seorang doktor pakar. Registrar ni plak macam aku adalah doktor yg dok 'belajar' nak jadik specialist dlm bidang ni. Kalau kat Malaysia, Dr yg dok buat Masters la.

Kat Malaysia, x byk RO (radiation oncologist) sahaja, maksud aku, depa ikut mcm UK - ada clinical oncologist - Dr yg deal dgn chemo dgn radiation tapi mostly dgn chemo saja, RT (radiotherapy) knowledge kurang sket. Sini kat NZ asing - chemo & RT.

Itu je la sedikit penjelasan pasal kerja aku. Rumusanya aku sekarang dlm latihan nak jadik RO - seorang pakar kanser yg merawat kanser dgn x-rays.

Nanti aku cerita pasal patient2 menarik yg penah aku jumpa kat sini...

Friday, September 18, 2009

Malas betul aku....


Kerja aku sebagai radiation oncology registrar selalunya tak la sibuk sangat. Kat sini kami ada 3 orang dan kalau ada tiga-tiga lagi tak sibuk. Tapi sejak dua menjak ni tiap2 hari jumaat mesti tinggal aku sorang ja kat department.
Last week, colleague aku cuti, sorang lagi ke clinic out-station. Sibuk habaq hang time tu. Aku pun mintak la gaji lebih. Mintak additional duties, tapi aku hanya dapat cross-cover. Additional duties ni kita buat kerja lebih dari sepatutnya, dapat $ lebih sket. Cross-cover ni kita cover kerja colleague yg cuti/sakit etc. Manager department cakap dia bleh bg cross-cover ja. Ok la, dapat la sket. Aku mintak supaya kalau tinggal sorang ja kami hari jumaat boleh dak cross-cover jadi standard - dia ckp kena tanya clinical director - i.e boss aku.
Minggu ni plak, ingat ok sket. Tapi aku mai keja arini, tgk2 tinggai aku sorang lagi harini - sorang ke clinic out-station & sorang lagi cuti sakit. Haram betui, semlm sihat ja aku tgk. Pi ward aku tgk patient2 aku saja. Turun department nurse2 cakap, colleague aku rumah kena pecah masuk semalam so harini nak kena pebaik rumah sket etc etc. Marah aku reda la sket.
Hari ni x la sibuk mcm last week. Ada la a few patients kena tgk kat clinic dan ada a few GP calls. Nasib x dak emergency mcm selalunya. Emergency untuk radiation oncology ni ada 2 saja, yg lain boleh tunggu - malignant spinal cord compression (MSCC) dengan superior vena cava obstruction (SVCO). Nanti la aku cerita pasal benda2 ni.
Sekarang ni pukul 3.41 ptg. Aku plak kena kerja long day - masuk keja pukul 8, balik 10 mlm. Selalu 8-5 saja. Lagi la buat aku malas. Surat nak kena buat dictation lagi, malas malas....
On another note: aku dah dapat tiket untuk Bad Religion & NOFX 4/10 nanti kat auckland!! Yess!!! Bands punk yg aku x penah tgk & minat!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...

Friday, September 11, 2009

Free Century Media Sampler: Carnival of Sounds


Who wants a free legal comp from Century Media?? I know I want one. I remember getting some free comps from Century Media when I was back in Dublin long way back. Back then I was introduced to Old Man's Child and many others on the CM roster.

Metal Sucks.net & CM are proud to offer Carnival of Sounds, a sampler comp of CM's roster featuring Old Man's Child, Napalm Death etc etc.



It's free, it's legal!

Go & download!!!

Or for you lazy bums out there

The direct link