Monday, November 23, 2009

Aku & Dickies

Dickies Work Wear

Posting aku kali pasal jenama pakaian Dickies, atau lebih tepat seluar keluarannya. Aku mula2 mengenali Dickies ni dah lama, tapi aku x penah beli sebab bagi aku mahal sangat. Bagi aku baik aku beli Dockers kerana nampak lebih smart.

Pada ujung tahun lepas, time anak bini aku balik Malaysia, aku pergi la ronda-ronda sorang kat The Base Shopping complex kat sini. Masuk 1 kedai nama Red Rat, ada offer seluar Dickies - dari seratus lebih, turun ke 50 macam tu. Aku yg baru lepas makan Nando's pergi la try seluar ni. Amik size usual aku 36", rasa mcm ketat jer... mebe sebab lepas makan. So aku amik la pergi bayar.

Dickies Work Wear


Balik jer, lepas kekenyangan aku reda, try la balik. Still rasa ketat, so esoknya aku hantar balik. Kat sini kalau ada apa2 x kena ka, boleh hantar balik no problem, bukan mcm kat Malaysia. Aku return amik size 38 plak. Sayangnya sekarang seluar ni longgar plak. Haram tul. Sampai skang ada dlm almari aku, sesekali pakai pergi kerja, tapi rasa x selesa, jadi malas nak pakai selalu. Rasa mcm nak jual kat Trademe saja. Tgkla kalau aku rajin...

Dickies Work Wear


Selang beberapa bulan, 1 website nama 1-day.co.nz ada buat offer seluar pendek Dickies $35. Aku beli la 2. Bagi aku ini la, seluar pendek terbaikkkk pernah aku pakai. Time ni aku amik size 36" & mmg padan! Kalau beli kat kedai, lagi mahal. Site 1-day ni bagus jugak idea dia - setiap hari, 3 barang on offer untuk 24 jam atau sampai habis stock. Australia ada jugak. Anyway, sungguh selesa seluar pendek ni di pakai apabila summer, siap ada multi-use pocket dan dia punya crease mmg x akan hilang. Seluar pendek ni labuh melepasi lutut, jadi aku masih menutup aurat... hehehehe

Back to 1-day, baru2 ni ada lagi offer Dickies baru2 ni. Seluar pendek jugak, aku pun hentam beli 1 lagi, tapi kaler kelabu plak. Mmg best wa cakap lu shorts ni! Bulan lepas ada lagi skali offer Dickies - tapi kali ni seluar panjang. Aku beli la size 36". Dalam site x cakap labuh berapa. Bila dapat ja, aku pakai tgk labuh semacam. Measurements 36" x 34". Mak ai, pinggang aku lagi besar/panjang dari labuh seluar.

Aku yang sudah lama x menjahit, terpaksa la jahit kaki seluar yg labuh tu. Bini aku cakap dia x berapa reti nak jahit. Aku sukat ada la 4" aku lipat dan dlm masa lebih kurang 30 min siap la 2-2 blah kaki. Bila aku pakai plak, damn! Rasa still labuh 1 inci ni. Kena la buat lipatan atas lipatan... Rasa macam lebih baik nanti time blk mesia aku bawak p kedai cina la kot alter... Aku juga penah beli hoodie Dickies dari 1-day, selesa untuk di pakai tapi since Dickies ni US brand, size L dia besar utk aku sket.

Kalau sesiapa nak beli 'Work pants' aku syorkan Dickies ni. Apparently mmg buat sebagai work wear & tahan lasak e.g. mechanic/fireman etc. Aku yg 'poser' jer pakai ke 'office'. Tgk site Dickies depa siap ada scrubs utk hospital, menarik, tapi aku kerja x pakai scrubs. Lagi 1 kalau x silap aku Dickies ni byk geng2 Chicanos/Mexicans pakai kat US.

Aku type ni time aku kerja 'Long Day' iaitu kerja dari 8 pagi sampai ke 10 mlm. Ward x call aku pun, so pikir update blog dengan pengalaman aku dgn Dickies... hehehehhe

Btw, hari ni aku pakai seluar Dickies yg aku jahit tu...

2 comments:

deaf-angel said...

aloha..

tak pernah dengar ni label

Lutfie said...

kalau ada saiz 34 bagi hadiah free je lah kat aku.heheheheh.aku bayar pos ke adelaide je.