Thursday, April 29, 2010

News in brief

Dah lama aku tak update blog. Perasaan malas dan sebagainya menghantui diri, tapi aku byk idea/benda nak tulis dlm blog, tapi masa tak mengizinkan. Review Decapitated punya gig pun x buat2 lagi. Lepas exam kot aku cuba buat.

Exam aku dah semakin hampir, lagi 2 minggu. Specialist exam, rasa macam dah study abis, tapi ntahla, takut maaaa... Aku tulis entry ni time kat hospital.

Semalam aku dgn beberapa org Hamilton lain ada membuat persembahan sedikit bg meraikan Sasterawan Negara, Prof Muhammad Haji Salleh. Beliau datang bersama isteri kerana dijemput oleh Waikato Uni untuk memberi talk mengenai sastera Melayu. Main lagu Siti Nur Haliza 2 buah - Cindai dan lagu duet dgn SM Salim tu dan lagu Tanya Sama itu Hud-Hud dan lagu Doa untuk Kekasih. Berterabur jugak main sbb practise gile sekejap, hari Isnin mlm baru practise! Tapi ok la, everybody terhibur di samping bacaan sajak oleh Prof, Prof John (omputih nye lecturer yg bleh ckp melayu) dan Nani. Aliya pulak jatuh stage, lebam kepala tapi naik balik nak duduk sebelah Daddy kat stage. Kesian. Fid ckp lepas ni kalau ada apa2 formal function kami mebe akan dikerah untuk perform! hahahah

On another note, Metallica has confirmed to come to NZ bulan 10 nanti, Oct 13. Aku penah tgk Metallica kat Dublin dulu, tahun 2006. Masa festival apa ntah aku pun x igt daaaa. Time tu 20th Anniversay Master of Puppets, depa main 1 album full! Damn, mmg best time tu. Pehtu pulak, anak James punya birthday, dia bawak kluar anak dia dan mintak fans nyanyi Happy Birthday utk dia. Sweet. hehehe

Tak pasti aku nak p tgk ke tak kali ni. Main kat Vector Arena, lagi besar dari tempat Iron Maiden dulu tu. Lagi 1, nak pergi dgn sapa? Aku malas nak pegi sorang2, semlm ada la tanya anak family buat PhD kat sini, tapi x tau la parents dia bg pi or not... hehehehe tgk la camna.

Another note: aku telah masuk ballot untuk beli tiket Rugby World Cup 2011! Ballot sebab x confirm dpt tiket ke tidak, kena tunggu dulu. Aku x la minat rugby sgt, tapi memandangkan akan berlangsung kat Hamilton dan All Blacks akan bermain, so register la. 3 games - All Blacks vs Asia, dan 2 Wales games vs Samoa/Fiji. 2 adults & 2 kids = $610 NZD. Tengok la dapat ke dak, bln 6 baru tau berjaya ke tidak.

Ok, nanti aku buat la review gig dan ada some cd's aku dapat dari Rammy, Diken dan Yen serta cds aku beli dari Metal Zone Distro. Ada masa lepas xm aku buat.

Doakan kejayaan aku!

2 comments:

~ f i d ~ said...

Bagi kami2 yg buta music ni..orait ja hgpa punya performance heheh..

Exams are never easy, insyaAllah boleh buat. Try your very best cuti 2 minggu ni xxx

deaf-angel said...

aku nampak mamat ni pakai tshirt rugby NZ tu hari..

I support two teams, All Blacks and anyone playing Australia

lawa lak