Wednesday, June 24, 2009

Ustaz oh ustaz


Tadi dekat facebook ada kawan aku post gambar time kami kat sekolah menengah dulu - circa 1996. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) Kangar, Perlis. Gambar tu kami dekat dewan makan, rasanya hari Jumaat kot, sebab pakai baju Melayu semua. Sungguh kurus aku time tu, tak sangka... kekeke ada la x-schoolmates aku comment kat gambar tu, cakap ada berita dalam BH pasal bekas Ustaz aku, Ustaz Rashid.

Dia ni punya la kira alim dulu. Aku ingat lagi, setiap hari, semua student laki kena turun solat jamaah. So dia akan datang dengan memakai serban & jubah, bersama sama dengan memegang rotan untuk tibai kami semua yg lambat turun solat.

Selain dia ajar PI (pendidikan Islam) dia ajar BA (bahasa Arab) jugak. Memang kami tau dia ni aktif dlm PAS. Dia pun cuba la dok 'didik' kami pasal politik sket2. Time kami form 2, or form 1 aku pun dah x igt dah la, maklum la lebih 10 tahun dah, dia ajar boys class aku senaman harimau. Takkan x tau kot apa itu senaman harimau. Kami pun naik syok la, apa lagi. Kami pun penah pergi solat & makan malam kat rumahnya kat Santan.

Time aku form 3 kot, dia kena tukar ke sekolah kat Padang Besar, again x igt sebab dia orang PAS. Time tu jugak ada sorang lagi cikgu yg pro BN - cikgu Mat Hasan, yg kini MP untuk Kuala Perlis.

Last aku dengar cerita pasai Ustaz Rashid ni last year time election dulu. Dia bertanding untuk DUN Santan & kalah. Sampai la hari ni kawan aku bagi comment kat gambar kami kat facebook.

Aku mmg tiap2 hari akan baca paper - especially UM, BH, The Star, NZ Herald. Tapi hari ni sibuk x sempat nak baca kat hospital.

So aku pun baca & sambil tu obviously cari news pasal Ustaz Rashid.

Jumpa la news dia:


Apa dah jadi ni? Kawin 10 tahun, nafkah hanya RM300. Nafkah batin, jangan cakap la, ni sure hasil senaman harimau ni.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Apa dah jadi kepada Ustaz Rashid?

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Aku pun malas nak kata apa la, tapi orang-orang yang macam ni dok bagi Islam a bad name dan terkena la kat PAS sekali sebab dia dulu calon PAS & Ketua Ulama PAS Perlis. Meluat aku tengok dalam news banyak betul 'kesilapan & kekejaman' org Islam. Riot kat Iran, suicide bombers merata.

Malu aku jadi student dia masa ni. Kredibiliti dia sbg org alim & warak dah hilang bagi aku. Adala junior aku buat status update kat fb, kata ni political conspiracy ka? Aku rasa tidak, ni real life. Takkan bini dia saja nak buat camtu kot. Bini dia ustazah, pakai tudung labuh semua. But then again, Malaysia had Saiful Azlan (betui ka? ingat2 lupa nama) & Anwar debacle. Kalau betui both things are politically motivated, how low can you go & what price?

I'll still remember my school days with fondness, but I'll try and forget this news story I read today about my dear old Ustaz...

3 comments:

Dr. Bentara said...

Kita jangan spesifik kat orang tu. Masa zaman Nabi s.a.w. dulu ada sahabat yang berzina, minum arak dan buat maksiat yang lain. Ada tak diberitahu nama2 mereka itu? Takde. Cuma diberitakan aje si polan si polan untuk jadi iktibar.

Islam suruh kita simpan aib orang Islam yang lain (jangan disebarkan). Balasannya Allah s.w.t. akan simpan aib kita di dunia n akhirat. Try check kat kitab agama bab hubungan sesama Islam.

Kita bukan perfect. Aib kita hanya kita dan Allah s.w.t. je yang tau.

Problemnya kita tak tau betul ke tidak. Adakah anda betul2 PASTI? Sanggup mati atas "berita" yang anda rasa benar itu?

Apatah hal itu telah dibawa ke mahkamah. Bukan hak kita nak kata dia salah/betul. Biarkanlah hak beliau diadili.

Kita takut di akhirat kelak apa yang kita sebarkan itu tidak betul. Si tertuduh datang kepada kita dan mengambil pahala kita sebagai balasan.

Hal ini umum untuk semua kes. Bukan politicians aje. Kawan2, jiran2, masyarakat etc termasuk sekali.

InsyaAllah sama2 kita halusi agama Islam ini.

deaf-angel said...

thanks for sharing wanwarlock and MM. Aku suka baca.

Jazli Safwan said...

Cg mat hassan..
sapa pakai lebai putih kena tibai..
hahahaa..