Sunday, November 29, 2009

Eidul Adha 1430

Raya korban/haji kali merupakan raya yg paling x meriah bagi kami 1 family. Kami empat empat beranak semua kena flu.

Yang kena 1st Aiman last week. Dah hantar anak kat day care, macam ni la. Segala jenis flu etc mesti make the rounds kat semua budak2 kat daycare. Last weekend Aiman badan panas ja, dok melepek kat bean bag depan tv, dok tgk playhouse disney. Sampai bean bag tu dah jadi lubuk Aiman la. Makan x lalu, tapi tgk tv tetap ada semangat.

Selang sehari lepas tu, Aliya pulak kena! Aliya sebab kecik lagi, susah sket nak jaga. Dok menangis more than usual. Idung beringus dan eczema kat pipi pun jadi teruk balik. Di tambah pulak dok tumbuh gigi.

Hari rabu lepas, aku pulak amik sick leave sbb Fid dah amik 2 hari, pagi tu Fid dah rasa x sedap badan, tapi kuatkan semangat nak pergi kerja. Aku pulak pergi bawak anak2 jumpa GP. Aku cakap rasa mcm viral illness ja & GP agrees. Dapat la MC untuk aku & Fid just in case akan cuti lama lagi dan juga script untuk paracetamol liquid & ibuprofen. Lepas tu kami pergi ke Glenview library, Aiman ceria sket, pinjam la a few cd's - Little Einstein Classical Collection & Handy Manny. Aiman cukup suka Little Einstein punya, x sangka anak aku minat classical, bagus jugak Playhouse Disney ni.... hehehehe

Bila aku balik ja, x perasan Fid ada kat atas dok tidur. Aku bagi ja Aliya tidur dlm ndoi yg kami import dari Malaysia (electric oi!) tgk2 bini aku yg sakit.

Aiman still cranky for the last few days. Aliya much the same. Lagi susah nak tidur. Fid pun sama saja. Makan bubur nasik je kami.

Aku still ok, tapi dah rasa mcm nak demam. Khamis aku pergi kerja & shift Fid pulak dok umah. Hidung aku mula berair. Rasa mcm x cukup tidur - mmg pun, Aliya & Aiman jaga byk kali! Keesokan harinya aku perlu ke Rotorua ada clinic, boss aku cakap, baik try tukar, kot2 aku x boleh pergi, clinic dah la double booked (2 patient pada 1 masa) so dia mmg kena ada registrar. Aku pun tukar la dgn colleague aku.

Balik rumah, Aiman dah ok sket, Aliya & Fid still ada tempias demam. Aku so-so.

Jumaat pagi, aku bangun mmg rasa mcm x mo pergi keja, so aku pun amik la sick leave. Tinggal msg kat manager. Fid mmg dah amik cuti pun, igt raya Jumaat. Jadi hari jumaat kami 4 beranak dok kat umah, dok x larat semua.... Solat Jumaat pun aku tertinggal sebab demam.

Hari Raya aku bangun nak pergi solat raya. Aku siap2 sorang & pergi pukul 8.30. Sampai saja kat Hamilton Gardens (solat raya mmg buat kat sini, sebab masjid Hamilton kecik sket, x muat semua jemaah), aku dah dgr imam baca khutbah, sah aku dah terlewat. Pergi la ke tempat solat. Ramai sungguh umat Islam Hamilton di sini.

Selesai khutbah, kami warga Malaysia lepak setempat dan bersembang. Umah Syam nanti akan ada sambutan raya/melapah daging. Korban di buat kat Cambridge katanya, tapi aktiviti melapah kat umah Syam. Aku pun cakap ok la, aku boleh datang, maybe sorang saja. Kami ada join buat korban ni tahun ni.

Balik saja rumah, terus rasa demam, terlena kat living room, sampai pukul 12.30, aku call la Saiful ckp x jadi datang sebab aku x sihat. Aku kembali tidur.

Pukul 2 ptg, aku rasa refresh sket. Anak2 & Fid rasa ok sket jugak. Kami ke bakal rumah kami, nak buat final checkup. Kejap je, nak check kalau shower ensuite tu dah pebaik ke belum dan nak test semua kunci ada ke idak. Kalau semua ok, rabu depan dapat kunci & jumaat pindah! Yippee!!

Petang ni ada 2 open house, x pasti kalau kami semua akan pergi or just aku dgn Aiman, sebab kami 2 saja yg dah ok, Fid & Aliya still cranky & grumpy!

Apa2 pun,

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di Hamilton, New Zealand.

Sesiapa yg ada saudara mara yg menunaikan haji, aku doakan selamat pergi & pulang semoga mendapat Haji Mabrur... Amin

1 comment:

berteromber said...

Selamat hari raya qurban