Monday, September 21, 2009

Raya di perantauan

Selamat Hari Raya
Tahun 2009 adalah tahun ke 12 aku & keluarga berada di perantauan. Aku ke UK untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM (1996) pada tahun 1997. Mula-mula dekat Shrewsbury School, Shrewsbury, Shropshire, UK. Selepas A-level, aku buat medical degree aku dekat Trinity College, Dublin, Ireland. Sampai la aku mula menempuh alam pekerjaan di Dublin & berhijrah pula ke New Zealand.

Dalam tempoh itu, ada la 2-3 kali kot aku balik raya, sudah tak ingat. Dulu time aku mula2 katUK, raya dekat2 sama dgn Christmas so senang la. Lepas2 tu dah semakin ke depan.

Kami di New Zealand beraya pada hari isnin, 21/9 kerana bulan tak kelihatan pada mlm sabtu lepas. Ada frust jugakla, sebab ramai org ingat raya Ahad. Dengar kata, ada yg telah beraya semalam, ikut Masjid Frankton yang ikut Fiji (banyak Indian muslim Fiji kat NZ ni)

Bagi aku raya di perantauan lagi meriah jika dibandingkan dgn Malaysia. Sewaktu aku menulis ni, kami balik berehat sekejap setelah penat & kenyang makan kat open house open house rakan2 malaysia di sini. Nak bagi Aliya tidur, kalau dak dia cranky nanti. Lepas ni ada lagi open house - Pak Rahman & K Zu.

Kalau kat Malaysia, memang ada family & kawan2, pasar Ramadhan etc, tapi time raya, lepas sembahyang, sure balik rumah, tgk tv, tunggu org datang rumah. Kat sini, pagi tadi, kami bersolat kat umah Abg Zul & K Hanim, who graciously offered their house for raya prayers. Memang meriah sungguh. Lepas tu tak berenti p beraya rumah org2 kat sini.

Semakin lama di perantauan, semakin aku tak kisah untuk beraya di negara orang. Tetapi kena ada komuniti malaysia/melayu yang rapat. Kalau di Dublin dulu, melayu bercambah sampai berklik-klik, susah. Di sini, komuniti tak la besar sangat, tapi semua kenal mengenali & rapat.

Kepada pembaca sekalian, lagi sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Eid Mubarak. Dari kami di perantauan - Noorwan Ariff, Nur Hafidzah, Aiman Haziq, Aliya Hanani.

6 comments:

devourmentofsouls said...

selamat hari raya bro..
bunyik mcm tanak balik malaysia dah, heheh..

Abang Ben said...

Eid mubarak bro... tapi aku nak beraya ke kampung jugeeeee!!!

JAIRO said...

en. wan lu dah tak nak balik msia ker? hehehehehe

wanwarlock said...

bukan aku x nak balik la, saja nak bg pendapat pasal raya kat perantauan.

bayangkan, raya pertama aku pergi beraya 9 buah rumah! dari pagi sampai ke malam!!

kalau kat malaysia, sure pegi umah saudara mara sebab terpaksa, x berapa enjoy. heheheh kalau x dok umah tgk astro jer..

deaf_angel said...

fren
kalo aku belum sempat wish raya tu hari,
belated selamat hari raya kat ko dan famili jauh across the seven seas huhu

berteromber said...

selamat hari raya bro..maaf zahir batin