Tuesday, March 2, 2010

Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition


Transformers, Robots in disguise! Yearrrggghhh entry kali ni pasal Optimus Prime, ketua Transformers. Semua orang sekarang mesti dah kenal & tahu apa itu Transformers sejak keluar movies baru2 ni.

Aku dah kenal transformers ni sejak tahun 1984 semasa umur aku 5 tahun. Masa tu parents aku dok buat degree & masters kat US - Athens, Ohio (Ohio Uni) dan Macombe, Illinois (Western Illinois Uni). Time tu mmg gila Transformers & GI Joe (satu lagi kartun lama yg buat movie).

Byk jugakla aku ada transformers ni selama 3 1/2 thn aku kat US. Yg paling digemari  - semestinya Optimus! Truck kaler merah, ada trailer. Dlm trailer tu ada mcm operations center dan 1 buggy. Sayangnya aku punya yang ori zaman dahulu dah jahanam - tgn tercabut 1, pistol patah etc etc. tapi still dok ada dlm almari kat rumah aku kat Alor Setar.

Byk lagi mainan aku yg dah berumur lebih kurang 25 thn jugakla tapi still tahan. Cuma GI Joe kat tgh2 dia getah dah putus sbb dah reput tapi body still ok.

Awal minggu ni dpt flyers kat rumah, sini tiap2 hari mesti dpt flyers dari kedai ada sale. Adala tgk Toy World nye iklan, Optimus turun price jadik $50. Hmm menarik ni, sejak aku tua & ada $ ni, aku dok mencari stuff2 lama balik.

So kelmarin lepas amik keta aku kat workshop - battery flat! Wife lupa tutup lampu - terbang $ aku $300, labour mahal & battery ori Chrysler mahal! Lepas tu aku singgah jap kat Toy World tu. Ada figures GI Joe 5 untuk $10, nak beli ke tak, murah ni, tapi nampak mcm x quality sgt, tapi murah , bleh bg Aiman main - fikir aku kejap. Last2 x beli pun GI Joe...

Jumpa la idaman aku....

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

 Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary EditionTransformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Transformers Universe, Optimus Prime 25th Anniversary Edition

Segalanya masih mcm aku igt! Reminiscing time with Optimus pada zaman muda mudi. Siap dpt satu comic dan 1 logo Autobots yg boleh mengeluarkan kata2 seperti "Autobots, transform & roll out" dan lagu tema.

Tapi bagi aku, quality toys sekarang tak boleh tahan quality mainan 20 thn lalu. Rasa agak flimsy sket Optimus aku ni. Plastic nye rasa murah... Ini Optimus bukan untuk anak2 aku especially Aiman, ni Aiman x tau lg aku beli ni, kalau tau sure nak.

Gambar2 di ambil guna HTC Touch Pro aku sbb camera ada kat kedai untuk diperbaiki, lain kali aku cerita.

Enjoy & comment...

3 comments:

deaf_angel said...

aku ada satu kawan kumpul barang2 transformers..

la...monopoly transformers pun ada rupanye aku nengok kat rumah dia haha

berteromber said...

nasib ini bukan hobi aku..kalau semua jadi hobi parah $$$$$...

sebelum ni aku rajin kumpul kereta2 kecik diecast model macam Hot Wheels tu semua...susun cantik2 dalam gerobok...tapi sejak anak bongsu aku ni dah pandai bukak gerobok...abis barai semua calar balar...hilang dah semangat aku..

~ f i d ~ said...

ehemm..excuse me, mana ada wife lupa tutup lampu keta?? sapa yg bukak lampu keta tu? sapa bukak dia la yg kena tutup huhhuhu..apa plak wife yg dapat nama..