Saturday, March 27, 2010

(What's the story) Morning Glory?

Oasis - (What's the story)Morning Glory?

Dah lama aku nak tulis pasal album ni. Aku sekarang mmg susah nak dengar band-band baru ataupun album-album baru dari band2 yg aku minat. Jadi aku sekarang mencari kembali album2 lama yang pernah aku miliki masa muda atau album2 yang sampai sekarang aku still minat dan dgr. Aku pun sekarang mula mengumpul semula album2 tersebut. 

Entry kali ini mengenai album band Brit Rock yang tak lain, Oasis - (What's the story) Morning Glory

Album ini dikeluarkan pada tahun 1995, time ni aku form 4. Album ni 2nd album Oasis selepas Definitely Maybe dan merupakan breakthrough album untuk Oasis. Time tu mmg zaman top brit rock dengan byk band2 seperti Blur , Stone Roses dan sebagainya. Aku ingat lagi aku pinjam kaset depa ni dari jambu aku kat sekolah dulu, dan x bg balik!

Menampilkan lagu2 yang top macam Wonderwall, Don't Look Back at Anger dan Champagne Supernova, album ni bagi aku merupakan album terbaik Oasis.

Bermula dgn track Hello, sehingga ke track terakhir, Champagne Supernova, ni la contoh terbaik Brit Rock. Bagi aku Blur lebih sedikit ke electronica, tapi Oasis mmg straight guitar rock.

Lagu Don't look back at anger dulu kami dok jam masa sekolah menengah. Lyrics yang mmg bg aku terbaik. Bermula dgn intro piano, guitar dan drums - Slip inside the eye of your mind...... nyanyian Noel - adik kpd Liam yang main singer. Liam baru2 ni aku dgr mendapat anugerah frontman terbaik, x igt sapa bagi.

Lagu penutup Champagne Supernova lagu yang slow dan tepat sbg penghujung album ni. Where were you while we were getting high?

Tetapi walaupun hebat album ni, aku masih belum miliki album ni secara fizikal. Minat semula terhadap album ni baru mendatang dan x pergi cari lagi album ni, nanti aku pergi JB Hifi dan beli. Setakat ni dalam version digital saja la..... Apa2 pun album ni patut dimiliki!

2 comments:

Ijau D. Koceng said...

samala tu 95 aku pun baru form 4, classmate aku ada sorg mmg suka lagu2 alternative - cranberries, oasis, blur... aku time tu gila green day, offsprings, nirvana dan sikit2 metalika (maiden blm layan lg time tu)

bila dah masuk usm 97 baru la aku terasa best lagu2 wonderwall dan DLBIA bila layan cd kompilasi "96 alternative rock"

berteromber said...

betul la tu...bila makin tua ni...makin malas nak explore lagu/album2 baru kan...sama macam aku la...sibuk duk kumpul album2 lama jer..

Sayangnya walaupun aku tau Oasis ni bagus...tapi memang aku tak follow band2 britpop ni..satu je kaset band britpop yang aku ada..Second Coming dari Stone Roses...tu pun pasal masa zaman2 dalam hati ada taman aku terminat lagu Ten Storey Love Song..