Aku ada cakap dalam entry lepas aku nak rajin sket update blog, tapi besa la, x sampai jugak hajat. Bukan apa, sibuk dgn kerja, family & life - real life stuff. Jadi x jugak update blog. Oh lagi 1, kami ada beli
Nintendo Wii, tu lagi 1 sbb aku x update blog. Dok main tennis in
Wii Sports dan
Madworld saja
Aku mmg igt nak buat review gig Decapitated, tapi hari ni aku update pasal kerja.
Weekend ni aku kerja (termasuk time aku tulis entry ni). Aku kalau kerja weekend, kena ada kat hospital dari pukul 8 pagi sampai 12 tgh hari, lepas tu aku kira 'on call back'. Maksudnya, kalau aku x sibuk aku boleh balik. Tapi selalunya kerja/ward round takkan abis pukul 12, selalu about 1-2pm baru abis. Aku kerja weekend, sekali dalam 3 bulan.
Kalau weekend aku kena jaga the whole ward, ward 25, oncology ward dan kalau ada Emergency Dept/GP referral. Jadi kena la jaga patients haematology (bab cancer darah - leukemia/lymphoma etc), medical oncology (chemo), radiation oncology (mmg specialty aku) dan palliative care - patients yg ada incurable cancer dan not long for this world....
Kelmarin, hari sabtu aku balik pukul 4.30 ptg sbb sabtu lagi sibuk dgn hari pertama weekend dan patient aku haram x kenal pun sebab byk patient haematology dan medical oncology yg aku mmg x cover pada hari kerja biasa. Selalunya patients haematology la yg paling aku malas nak jaga sbb depa ni yg slalu sakit! Haemoglobin 60, platelet 5, neutrophils 0.1 etc etc. pening kepala aku.
Time weekend jugak, untuk oncology, ada 2 org Dr jaga - sorang registrar (aku) dan sorang house surgeon (junior MO/houseman). Selalunya HS yg akan ikut Specialist haematologist dan aku cover yg lain2. HS aku weekend ni mmg aku kenai dan dia selalunya cover med. onc. Tgk2 dia pun sibuk dgn patients med. onc dia. Aku pun kena la ikut haematologist ni.
Hari berjalan mcm besa, not too bad. Dekat pukul 12 aku dapat page dari ED. Ada patient ni datang dgn batuk darah, ada history of metastatic hepatocellular carcinoma (cancer hati). Hb (blood count) ok, known to palliative care. Can you come and see him? Aku dgn HS aku pergi makan dulu dan lepas mkn kami berdua pergi ke ED.
Patient ni orang Maori, atau org asli aku dan
Fid dok panggil. Umur baru 44, kaki botol. Ada cancer hati yg dah merebak ke paru-paru dia. Sebelum jumpa, aku review CT scan dia - Masha Allah, penuh paru2 dia dgn bintik2 cancer. Patut dok batuk darah. Ada jumpa palliative care team 18/5. Plan for some trial drug. Baru start oral chemo khamis lepas.
Pergi la jumpa patient ni. Kesian aku tgk. Muda lagi, badan dan muka penuh macam jerawat, most likely chemo related ulcers aku pikir, sbb start lepas chemo. Batuk x berenti patient ni. Kesian aku tgk, setiap kali batuk, mesti kluar blood clot dan kemudian fresh red blood. Aku buat exam, lungs sound so crap - crepitations everywhere.
Aku dok pikir apa aku nak buat. Aku bagi dia vitamin K sket, sbb INR dia 1.5. Kot2 sbb tu ka dia dok batuk darah. Pehtu aku pikir, patut aku call respiratory physician ke dak (Dr pakar paru2) nak arrange bronchoscopy kot2 dia bleh stop bleeding.
Aku tgk CT scan dia balik. Haram, camna nak stop bleeding! Byk sgt cancer dalam lungs. Aku pikir, patient ni akan mati x lama lagi ni. I have a gut feeling dan aku dah x tau nak buat apa dah...
Last2 aku pergi jumpa dia blk dgn HS aku, aku cakap kat dia "This is serious, I don't think you'll make it. I think you might die soon" Bini dia dah mula mata berair. Patient ni suh bini dia panggil family masuk. Org asli ni, kalau masuk spital, family members yg ramai akan ikut skali! Ahhhh sudah....
Dalam cubicle kecik ED tu, penuh dgn anak2, bini, sedara patient ni, HS & aku yg mcm dah dikepung dgn sedara mara. Gulp! So intimidating, gelabah aku, betui ka mamat ni nak mati ni?? What if I'm wrong?
Aku mula buka mulut, cerita balik cakap aku rasa batuk darah ni sbb cancer dah spread ke lungs and I don't think he'll make it. Kakak pt tu tanya - "What do you mean?" He's going to die aku cakap. Tapi aku x tau la brapa lama lagi dia akan ada kat dunia ni. Hanya Tuhan saja yg Maha Mengetahui... Abis, semua org dah mula nak nangis.... Betui ka mamat ni nak mati???? We'll get him to the ward as soon as.... Aku teruskan tugas lain mcm besa. tapi dok terpikir sorang2, betui ka mamat ni nak mati???
Selang 1 jam, sampai pt ni kat ward. Pergi tgk dia. Dia ckp batuk ok sket, tapi bg aku mcm sama saja. Aku bagi dia ubat lain kot2 batuk darah tu boleh clear sket dan ubat nak bg dia relax and hopefully not cough. Lepas tu aku pun balik....
Dalam pukul 7 mcm tu time dok dinner dgn Fid dan anak2, dapat page dari ward. Nurse ckp family dia nak bawak balik rumah kalau dia dah nak mati, oxygen concentrator ward bg pinjam. Pt ni dok jauh sket dari Hamilton - ada kot 2 jam dari sini. Aku ckp ok, blk naik ambulance.
Dalam pukul 9 camtu, ward page lagi, patient ni mati dalam ambulance x lama lepas bertolak dari hospital.......
Perasaan aku bercampur. Sedih sbb ramalan aku rupanya menjadi kenyataan dan dok terbayang muka sedara pt tadi kat ED. Selalunya aku x penah cakap kat patient kata dia akan mati x lama lagi, ni la malam pertama aku cakap mcm ni kat pt. Aku cerita kat Fid, it was expected but didn't think it was that soon....
Hari ni, funeral home mintak aku buat death certificate. Aku pun buat la. Place of death: Back of St John's Ambulance....